Tuesday 17 January 2017

SUKA NYA HATI BILA GASTRIK TIADA LAGI

Khamis, 12 Jan 2017.

"Allahh..sakitnya perut Naj, kak"
"Eh bole drive tak ni??"
"Bole2, bole lagi nih"

Teringat mula dari Rabu malam Khamis tu Kak Naj dah mula rasa tak sedap perut. Memulas je tapi tahan kan aje sebab banyak task nak kena setel. Pagi Khamis pergi keje macam biasa tapi dalam jam 1100 pagi memang rasa dah tak tahan sangat..terbongkok-bongkok tahan sakit. Disebabkan dah tak mampu fokus dengan kerja, Kak Naj gagah juge berjalan ke klinik di The Intermark. Sampai turn, doktor pun check perut, "emmm..dah keras perut ni. Penah kena gastrik?".."Dulu memang selalu kena. Tapi ni dah lama tak kena".. "Cuba ingat balik semalam U ada makan apa"..."Makan asam laksa lunch semalam tapi tak pedas pun doktor"..."haaa...tu la. Memang la U rasa tak pedas..bla...bla..bla..".. Setempek kena explain ngan doktor..hahaha..Nampak tak salah sendiri di situ.😂😃

Balik klinik terus makan ubat yang before meal dan makan sikit biskut. Pastu tunggu lunch..lepas lunch makan lagi ubat after meal..tapi..masyaAllah..muka Kak Naj dok berkerut lagi. Sebenarnya doktor bagi MC tapi sebab banyak lagi task year end nak setel tak jadi la MC. Sampai ke petang menahan sakit. Bila bangun berjalan rasa dah macam kebayan pulak, terbongkok-bongkok..sebenarnya ini memang panorama biasa Kak Naj dulu2 bila kena attack dengan gastrik..tapi ni sejak lama tak kena terasa la juga macam mengada2 😂 (tapi seriusly sakit dan sakit itu tak selesa okeh!:))

** ngadu sokmo..hihi

Sampai rumah, kak Naj amik dinner nestum je..mudah2an tak lagi rasa nak muntah..sedang elok nak bukak beg amik ubat baru teringat pasal Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus yang bantu redakan gastrik...Terus sepantas kilat bukak fridge and capai 2 benda tu. Kak Naj telan 4 biji Ostematrix + 4 biji Peppermint, minum air kosong dan terus babai anak2 nak tidur dulu...

Bangun subuh terus rasa AMAZINGGGG sangat sebab sakit memulas tu dah hilang. Syukur alhamdulillah..terus hilang risau pasal kerje..sebenarnya kan nak share dengan uol..

Ostematrix ni pil kalsium magnesium..dan kalsium magnesium bantu otot-otot kita menjadi lebih releks. Pendek kata, macam kita cramp kat betis tu, kalau amik kalsium magnesium inshaAllah hilang cramp2 tu..sama la macam otot perut yang jadi "cramp" bila terkena serangan gastrik..

Manakala Peppermint Ginger Plus pulak memang untuk buang angin dan bantu sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Campuran 4 herba iaitu JINTAN MANIS, JINTAN HITAM, HALIA dan PUDINA..Kiranya dia bantu neutralize balik perut kita yang berasid tu..selesaaaaa je lepas amik Peppermint ni tau 😃



So, hari Jumaat tu memang datang kerje dengan riang ria lah Kak Naj...hihihi..so uols yang selalu kena gastrik tu cuba amalkan Oste dan Peppermint sebagai ikhtiar. InshaAllah..mudah2an baik terus gastrik tu.

Yang penting produk Shaklee ni selamat digunakan.

Ok sampai sini. Thanks for reading!😚

Kak Naj
012 3516473

posted from Bloggeroid

Tuesday 20 December 2016

KENAPA SAYA SANGAT SUKAKAN OMEGA??❤

Kak Naj kan kalau tengok anak member-member yang selalu sakit, kak Naj suka advise diaorang konsisten dengan minyak ikan. Dan macam auto pay machine depa responsee " eh i dah beli la S*E*..lagi murah la dari Shaklee you tu.."

Hoho!! Mana boleh samakan dengan produk yang bertahun-tahun kajiannya..hmmm tapi tak pa la..nak share jugak pasal produk Shaklee.

Minyak ikan ni basically ada nutrien penting yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri ie. Asid lemak yang namanya Omega 3.

Tapi hati-hati. Di pasaran banyak sangat lemak hati ikan yang di'claim' as minyak ikan berkhasiat... Sebab tu murah sangat. Tapi kesan nya wallahualam...silap haribulan sihat tak dapat, duit pun bazir je..make sure your buy is worth every penny!

OK takpeee.. Jom kak Naj share sikit info.

Apa yang BEST pasal Omega 3?

1. Asid Lemak. Ini makanan otak kita. Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu untuk perkembangan otak janin dan bayi. Baik jugak untuk kita yang selalu lupa2 dan kurang fokus.


budak kecik dari dalam perut dah makan Omega. Banyak betul akal dia.


2. Menguatkan sistem imun. Yang ni memang ada kajian. And kak Naj sefamili memang sangat pasti dari pengalaman kami. Anak2 memang jarang demam.

3. Kuatkan paru-paru. Sangat sesuai untuk orang asma dan ada penyakit bronchitis.

4. Bantu kesihatan sendi. Omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang membentukan tulang rawan. Uollss...yang ni penting untuk mak ayah kita. Mereka berisiko sakit sendi.

5. Kawal berat badan. Kajian kata omega 3 ni bantu turun dan maintain berat badan. Elakkan diri dari obesiti ok!



6. Cegah kolestrol (HDL) tinggi dalam badan. Omega 3 menggalakan penghasilan kolestrol baik (LDL). Elakkan diri dari penyakit salur darah dan strok.

7. Bantu kita uruskan emosi dan hadapi tekanan dengan baik. Memang kajian dah terbukti. Sebab tu orang yang konsisten omega 3 ni, jantung dia pun inshaAllah sentiasa sihat.

Ada banyak sangat la kelebihan omega 3 ni. Tak tertaip hakak nak letak semua.😂



Tapi kak Naj nak share juge pasal Omega 3 keluaran Shaklee ni. Nama nya OMEGA GUARD.
"Guard" tu pun dah menunjukkan betapa special nya produk tu.

1. Diekstrak dari sumber ikan laut air sejuk di perairan Jepun. Bukan dari minyak hati ikan. 3 kali lebih tumpat dan tulen.

2. Disaring dengan cold press method. Jadi nutrien dalam nya lebih terpelihara. Kaedah ni lebih mahal dan efisen kalau nak dibandingkan dengan kaedah tekanan tinggi.

3. Mengandungi spektrum penuh omega 3 termasuk DHA, Epa, ALA dan banyak lagi.

4. Melalui kaedah ultratulen yang menyingkirkan segala bahaya logam seperti merkuri dan plumbum.

Sebotol ni ada 90biji. Untuk kami sefamili memang sebulan sebotol la lebih kurang. Tapi manfaat yang kami dapat tak terbanding dengan nilai $$$ yang tak seberapa. InshaAllah sihat selalu, nak ibadah pun mudah.

Uols nak order atau just nak tanya boleh wasap k.

Lots of ❤
Kak Naj Shaklee
012 3516473

posted from Bloggeroid

Sunday 18 December 2016

Kulit Tak Cantik?? Jangan biarkan Diri Anda Diselubungi Misteri

The face is where the visible and invisible meet, where the inner and outer beauty connect - YasminHani

Sebenarnya masa tengah menaip ni Kak Naj ada konflik dengan kulit muka. Agaknya simptom 35 tahun makin ketara kot. Nak-nak tetiba ada ofismate tanya apa rahsia kulit cantik. Nak tergelak besar!😂😂



Sebenarnya Kak Naj ni pemakan sayur dan buah. Tegar! Dari kecik sampai umur 35 tahun ni. Rasanya sebab tu tak banyak masalah kulit. Tambah pulak konsisten suplemen sejak 2012. So kulit kekal maintain sihat je..

Tapi Kak Naj saaangatt tak rajin bab skincare. Kalau berjaya cuci muka balik kerja pun dah bertuah sangat lah..SPF bagai memang tak lah. Tapi sejak busy tahap gaban since September, regim vitamin and skincare yang ala-ala tu memang ke laut. Bila projek completed by 30 November sedar-sedar muka dah macam apa. Tengok pic Kak Naj snap last week. Ada pulak member department tegur "kulit ko tu dah kenape teruk nauu".😢😢



Pigmentation makin tambah, pores pulak macam dah boleh main congkak..kulit mengelupas..eye bag takyah cakap la..Kusam!Upset tau! Terus rasa nak telan je sebotol vitamin C tu dengan harapan cantik macam snow white dalam sekelip mata. Tapi hakak cepat-cepat sedar diri. No short cut short cut! Keep calm kata mat saleh. Yang penting jangan risikokan diri dengan produk dari bahan yang bahaya dan tak terjamin kualitinya.

So, Keep Calm and Lets Start balik Omega Guard, Vitamin C 500gm. Tak dilupa protein kebabom ie ESP.
Double dose okay! Lepas ni nak tambah Vitamin E. Zink pulak dah tak de stok.



Uols boleh ikut tip Dr Zubaidi ni. Mudah je nak kulit lawa ni. Kuncinya, RAJIN. Rajin dengan regim penjagaaan luar kulit muka dan jaga pemakanan kita. Suplemen is a must kalau umur dah 35 tahun ni. Masa talk dengan Prof Muhaya dulu pun ada mention pasal suplemen ni. Bukan sekadar untuk kulit cantik tapi lebih kepada penjagaan kesihatan. Makanan hari-hari tu pun bukan terjamin kita dapat nutrien nya. Terpulang la nak percaya atau sebaliknya.

Okay nant kak Naj share pasal vitamin2 cantik next entry dan progress kulit Kak Naj ok. Nak pegi memanjakan cik Dina bambam dulu.

Lots of 💗,
Kak Naj Shaklee
Free Consultation
012 3516473

posted from Bloggeroid