Showing posts with label Shaklee Bandar Sri Permaisuri. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Bandar Sri Permaisuri. Show all posts

Tuesday, 20 December 2016

KENAPA SAYA SANGAT SUKAKAN OMEGA??❤

Kak Naj kan kalau tengok anak member-member yang selalu sakit, kak Naj suka advise diaorang konsisten dengan minyak ikan. Dan macam auto pay machine depa responsee " eh i dah beli la S*E*..lagi murah la dari Shaklee you tu.."

Hoho!! Mana boleh samakan dengan produk yang bertahun-tahun kajiannya..hmmm tapi tak pa la..nak share jugak pasal produk Shaklee.

Minyak ikan ni basically ada nutrien penting yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri ie. Asid lemak yang namanya Omega 3.

Tapi hati-hati. Di pasaran banyak sangat lemak hati ikan yang di'claim' as minyak ikan berkhasiat... Sebab tu murah sangat. Tapi kesan nya wallahualam...silap haribulan sihat tak dapat, duit pun bazir je..make sure your buy is worth every penny!

OK takpeee.. Jom kak Naj share sikit info.

Apa yang BEST pasal Omega 3?

1. Asid Lemak. Ini makanan otak kita. Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu untuk perkembangan otak janin dan bayi. Baik jugak untuk kita yang selalu lupa2 dan kurang fokus.


budak kecik dari dalam perut dah makan Omega. Banyak betul akal dia.


2. Menguatkan sistem imun. Yang ni memang ada kajian. And kak Naj sefamili memang sangat pasti dari pengalaman kami. Anak2 memang jarang demam.

3. Kuatkan paru-paru. Sangat sesuai untuk orang asma dan ada penyakit bronchitis.

4. Bantu kesihatan sendi. Omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang membentukan tulang rawan. Uollss...yang ni penting untuk mak ayah kita. Mereka berisiko sakit sendi.

5. Kawal berat badan. Kajian kata omega 3 ni bantu turun dan maintain berat badan. Elakkan diri dari obesiti ok!



6. Cegah kolestrol (HDL) tinggi dalam badan. Omega 3 menggalakan penghasilan kolestrol baik (LDL). Elakkan diri dari penyakit salur darah dan strok.

7. Bantu kita uruskan emosi dan hadapi tekanan dengan baik. Memang kajian dah terbukti. Sebab tu orang yang konsisten omega 3 ni, jantung dia pun inshaAllah sentiasa sihat.

Ada banyak sangat la kelebihan omega 3 ni. Tak tertaip hakak nak letak semua.😂



Tapi kak Naj nak share juge pasal Omega 3 keluaran Shaklee ni. Nama nya OMEGA GUARD.
"Guard" tu pun dah menunjukkan betapa special nya produk tu.

1. Diekstrak dari sumber ikan laut air sejuk di perairan Jepun. Bukan dari minyak hati ikan. 3 kali lebih tumpat dan tulen.

2. Disaring dengan cold press method. Jadi nutrien dalam nya lebih terpelihara. Kaedah ni lebih mahal dan efisen kalau nak dibandingkan dengan kaedah tekanan tinggi.

3. Mengandungi spektrum penuh omega 3 termasuk DHA, Epa, ALA dan banyak lagi.

4. Melalui kaedah ultratulen yang menyingkirkan segala bahaya logam seperti merkuri dan plumbum.

Sebotol ni ada 90biji. Untuk kami sefamili memang sebulan sebotol la lebih kurang. Tapi manfaat yang kami dapat tak terbanding dengan nilai $$$ yang tak seberapa. InshaAllah sihat selalu, nak ibadah pun mudah.

Uols nak order atau just nak tanya boleh wasap k.

Lots of ❤
Kak Naj Shaklee
012 3516473

posted from Bloggeroid

Friday, 16 December 2016

Tip Simpanan Untuk Si Kecil




Siang tadi terbaca tip simpan duit untuk anak-anak melalui Tabung Haji. Sebenarnya dah lama kami amalkan untuk anak-anak ni. Kita tak tahu umur panjang sampai bila nak besarkan diaorang..Jadinya, sediakan la tabung sebelum kejadian tak disangka berlaku..nauzubillah..


1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.(kalu potong gaji slip gaji nanti tak cantik sangat)
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926

6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
8) Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.

Via Kredit FB Nur Izah

posted from Bloggeroid

Resepi Tart Buah Mudah Cara Kami

Cuti-cuti sekolah ni saya cuba create aktiviti supaya anak-anak tak rasa boring sangat. Jadi tercetus la idea menge-tart nih. Sebenarnya resepi nya saya google je. Cari yang paling simple dan agak-agak boleh lalu ke tekak kami anak beranak..muahaha


shell tart ni saya beli siap je. Dengan Sabrina Bakery. Shell nya rangup tak manis sangat. Sedap!


kakak humairah menge-tart.

Resepi filling custart :

1 cawan tepung custard
2 cawan susu full cream
2 cawan air kosong
1 sudu kecil esen vanila
Setengah cawan gula (nak manis bole tambah jadi 1 cawan)

Campur semua. Masak atas api perlahan. Kacau sentiasa. Kacau hingga likat. Bila dah masak, masukkan dalam piping beg dan mula isi dalam shell.

Buah untuk tart saya hanya guna buah dalam tin. Jenama Hosen. Boleh laaa...not bad!




cantik gak la kejadian nya..hahaha


dah kenapa periuk buat custard boleh ada atas sofa nih..huhu

Itu saja nak share. Nanti kita share lagi aktiviti dengan anak-anak k!

Salam sayang,
Kak Naj.

posted from Bloggeroid