Showing posts with label Diari Cik_Puan. Show all posts
Showing posts with label Diari Cik_Puan. Show all posts

Monday, 18 May 2015

HASSAN al Basri : Petua Berniaga untuk Kita-kita Semua

Assalamualaikum semua..harap semua orang sihat ceria selalu! " ")

Hari ni terbaca dari wall fb ex-schoolmate pasai biz. Suka sangat. Saya nak share di sini untuk reminder diri sendiri and manfaat orang lain juge. Saya tak pasti kesahihan cerita ni tapi sebab ada value, saya share jugaklah. Tak rugi apa2 pun. Meh kawan2 kita baca ni :D
=============================================

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.


Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik : 
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. 
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.


💞
 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain.

Jadi, belajarlah drp ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita.
Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah
IKIMfm.


========================
Best kan moral of the story dia :)

Thanks for ready :)

Tuesday, 5 May 2015

Part Time Maid!

 Hari ni nak share sikit pasal "part time maid". Last weekend, walau pun cuti panjang dari Jumaat sampai Isnin, cik puan rasa tak larat dah nak buat keje rumah di hujung minggu. 4 hari cuti ni daku asyik laundry, laundry dan laundry lagi. Sampai pening cik hubby tengok kain termuntah keluar dari bakul..hikhikhikk...
Sebenarnya energi dah diguna pakai untuk susun atur semula rumah yang berterabur sejak cik puan pregnant. Spring cleaning kata mat saleh. Habis semua barang lama kena buang. Persediaan menyambut baby baru lah lebih kurang. 
Bukan apa...anak dah 3, nak masuk 4 ni kena pandai-pandai la manage rumah kecik ni supaya semua orang selesa.

Alhamdulillah..cik hubby banyak menolong sebenarnya..anak-anak pun sama. Cik puan bagi arahan dan buat yang ringan-ringan je..hehehe
Hari Ahad, cik puan call maid part time tu. Bagitau dia cuma nak request iron baju dan lipat baju je..
Baju nak gosok ada la penuh penyangkut stand tu..seminggu punya baju sekolah dan baju keje kami anak beranak. Pastu 2 bakul besar penuh baju untuk lipat. Maid ni amik upah RM20 sejam. dan berjaya siap dalam masa 3 jam! haaaa...amikkk!

Tapi seriusss...lega sangat bila baju dah beriron dan berlipat. Bab kemas rumah, kita serah pada yang pakar, tak lain tak bukan cik hubby tersayang..kuikuikui
Kata cik hubby "takpa, yang penting rumah dah siap susun sebelum bersalin"...hehehe..lega mak!

Betul betul....giving back your family time!

Bila tanya cik hubby, ok tak piawaian meng-iron dan melipat cleaner tu? Katanya, OK!
so, next time bole calling2 lagi lah. Kalau sebulan maybe kena spend dekat RM300 kot kan. 

Takpa lah, selagi daya, kita outsource je task-task yang boleh di-outsource-kan supaya task2 yang lebih penting boleh dibuat dengan lebih baik. contoh nya, attention to anak-anak pun boleh dimaksimakan. Badan tak letih, hati pun riang. Tambah pulak makan vitamin..ngeh..ngeh..ngehhh 

Sapa-sapa nak contact no, boleh wasap cik puan ye. Oh yeee...maid tu banyak beroperasi di kawasan Bandar Sri Permaisuri. Katanya, demand memang tinggi di kawasan ni. So, sapa cepat dia dapat la!

Sekian entri kali ini. Jumpa lagi. 
Thanks for reading!   

Monday, 4 May 2015

KEEP CALM and Jump On @ JumpStreet Trampoline Park

 Assalamualaikum..lama nya tak ber-entriii...throwback  Labor Day 1 Mei 2015.

Al-kisah cik puan dah tak larat nak berjalan jauh dan tak larat nak balik kampung, cuti 4 hari kami stay saja lah kat KL. Tapi pagi-pagi Jumaat cik puteri sorang tu dah bersenandung sayu sampai naik rimas ayahnya..pukul 12 terus cik hubby booking online untuk lompat-lompat pukul 4-5 petang. 
Fee sorang RM27 untuk sejam.
Stokin RM5 sepasang.
Hampir pukul 4 kami sampai di JumpStreet Trampoline Park, PJ. 
Lepas check-in dapat la sorang satu stiker tangan tu. oppss...kecuali cik puan je :) 
Nak terbersalin kalau cik puan melompat sama. hahaha..
Last-last duduk saja la kawasan tempat lepak. 
Sambil lepak, sambil cik puan snap gambar sana sini. Pasrah jeee...  


Streching duluuuu :)

Bawa bertenang dan teruskan melompat :)
Ada banyak seksyen, yang ni SLAM DUNK & FOAM PIT

 
cik hubby nak tunjuk skill sampai tergolek dohh :)



Ada cafe, ada kiosk jual air, tandas bersih dan surau pun terjaga.
ecehhh..cehhhh.gaya slumdunk dah ada tu..hihih

main court

baca rules dulu


Merah dah muka cik puteri ni. Tudung pun terbang sekali
Luas tempatnya. Lompat la puas-puas

Dah abih singgah makan kat The Curve. Muka happy sangat dapat eskrem ye





 Sampai rumah je semua dah melepet. Baru boleh bertenang ye...cik puan yang tak melompat pun naik penat. Demi mu anak-anak. Penat dan letih tapi berbaloi tengok muka anak-anak happy! :)

Sekian saja sharing entri yang tak seberapa ni
Nanti cik puan update lagi ok!

Thanks for reading :)  

Wednesday, 18 March 2015

GST - KOS meningkat : What to expect?? ( as mak dan ayah kepada anak2)

Assalamualaikum uolss..

Dah lunch..? Dah kenyang..? Jangan lupa ucap Alhamdulillah ye...

Tadi ternampak info pasal GST. emmm..lagi 13 hari GST akan mengubah hidup kita, directly or indirectly. Tak percaya..?? Jangan tak percaya dik nonnnn..

ok2, sebagai mak anak 4 saya nak share sikit info yang saya dapat. Ilustrasi yang agak mudah nak faham. Impact GST pada kos sara hidup anak-anak kita. Pada saya jangan risau, jangan gentar. Rezeki setiap anak tu dah pasti! Sekurangnya kita bersedia dari segi kewangan dan mental. Fuhhhh..

Mari sama-sama menyelami erti GST pada sara hidup anak kita..*sambil kelip2 mata nak faham dan digest*
===========================================================















Thanks for reading!

Thursday, 5 March 2015

Moh la kita Jemput Rezeki..!

Hai..hai..haiii...hai la vitamin B!

Hehehe..bukan B Complex tapi B for bonus...kuikuikui..awal2 tahun macam ni company aku memang menunggu bonus untuk performance tahun lepas. Rata-rata dah plan nak buat apa dengan durian runtuh ni. Ada yang plan untuk saving atau invest memana, ada yang nak buat downpayment beli kereta baru la, rumah baru la, bini baru lah..eh2 bini pulak!hehehe
Anyway, Pada aku, buat la apa saja asal jangan membazir dan guna duit tu sebijak-bijaknya. Aku tetap guna duit tu untuk invest kat mana-mana..untuk education anak-anak juge..bahya simpan cash banyak2 ni. Kann...kann...kann...

Tapi sebenarnya aku nak share something pasal murah rezeki. Pernah dengar slot "Tanyalah Ustaz" kat youtube pasal menjemput rezeki. 

Ustaz tu bagi tips ie. DUS

D - DHUHA
U - USAHA
S - SEDEKAH


DHUHA ni memang rata-rata tahu, sunnah nabi kan..senang sangat nak buat tapi ramai yang rasa susah dan liat nak mula. Pengalaman aku, mula-mula memang payah nak konsisten. Tapi once dah dapat tune, masyaAllah..rasa tak lengkap hari kita bila tak solat dhuha..ada ketenangan di situ. Bila rasa tenang dan lapang, banyak urusan dan cabaran harian boleh dihadapi dengan mudah. 

Mudah semudah-mudahnya segala urusan... betulll...tak tipu! Uols cubalah amalkan. Rugi sapa tak amalkan ni. Errkk..solat wajib jangan abaikan pulak. Mesti awal waktu ok!

USAHA memang penting. Ini memang term & condition untuk kita dapat kejayaan bersama redha Allah. Tak cukup amalan rohani je. Mesti ada usaha. Allah sangat pandang pada kesungguhan kita berusaha. Usaha sekerasnya seiring doa dan berserah pada Nya..haaa...blogwalking pun pun kira usaha juge tau!:)


SEDEKAH!.. memang feberet amalan sejak aku faham maknanya memberi.. Sedekah la setakat mampu kita. Jangan ingat sebab gaji kita rendah cukup makan, kita takyah sedekah..sedekah lah walau rm1 sebulan, kalu hanya itu je yg kita mampu dan ikhlas..Allah tak pandang berapa banyak duit kita bagi. Tapi Allah pandang hati kita ni...hati ikhlas bila memberi. Kongsi ilmu pun dikira sedekah tau kalu itu je yang kita mampu bagi..inshaAllah..ada reward Allah di situ.

 Tapi pada saya, sedekah kata mak abah dan ahli keluarga dulu...banyak keberkatan di situ..saya perasan, bila bagi mak abah RM200, Allah bagi bagi balik RM400..perumpamaan saya. Tapi betulll...Allah bagi balik double..ntah2 lebih double kotttt...Macam-macam la bab sedekah ni...dah2 pi gugel ilmu bersedekah..hihihi..

Ok, itu je nak share dalam entri ni. Ingat tau, DHUHA USAHA SEDEKAH. Walaupun rezeki kita dah ditetapkan Allah, kita masih boleh mintak Allah tambahkan rezeki kita. Contohnya, katakanlah Allah dah tetapkan rezeki kita gaji sebulan RM2000.. kita boleh mintak Allah tambahkan rezeki kita kepada gaji sebulan RM5000.


Amacam?? Mau kah kita dengan rezeki yang melimpah ruah?? Kalau mau, sendiri mau ingat lah ye..hihihi

Ok, jumpa lagi next entri.
Thanks for reading!


Tuesday, 17 February 2015

EVERYDAY IS BEAUTIFUL DAY, even a struggle day..

Hidup lebih meriah, lebih bermakna when we fight for it. Fight for what we want.

Tapi kadang kita ni manusia kan..terlupa dan terlupa. Bila diuji sikit terus lah nak melatah, nak marah, nak mengeluh.

Mengeluh pada perkara yang tak perlu pulak tu. Lupa kot kita “lahaulawala quwatailla billah”..? segala sesuatu terjadi dengan izin Nya.

Role kita adalah usaha dan berdoa..tawakal jua. Tapi kalau sesuatu dah berlaku tanpa kerelaan atau tak seperti yang disangka, berpegang lah pada - Allah knows BEST. Redha. Jangan mudah terpedaya pulak dengan mainan perasaan yang dikendalikan setan laknatullah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Jangan!

Tak la semudah berkata-kata, tapi berusaha lah untuk terima dengan hati terbuka. Paksa lah diri untuk terus tersenyum. 



Nak menangis, menangis lah. Aku pun menangis. Tu pun nikmat Allah bagi buat melepas perasaan. Menangis kat Dia lagi bagus. Usahlah ditoleh kiri kanan, bersoal jawab pulak dengan hati “kenapa jadi kat aku?? Why me?” oh lorat sungguhhh.. Soal-menyoal dalam hati tak pernah habis. Nak-nak pulak kalau setan tolong jawabkan. 

Hold on to Him. Remember that.

Nah, dengar lagu sat buat tenang-tenang hati. Jangan lupa istigfar bebanyak.



Thanks for your time. Jumpa lagi next entry!