Showing posts with label Activiti Kami. Show all posts
Showing posts with label Activiti Kami. Show all posts

Monday, 4 May 2015

KEEP CALM and Jump On @ JumpStreet Trampoline Park

 Assalamualaikum..lama nya tak ber-entriii...throwback  Labor Day 1 Mei 2015.

Al-kisah cik puan dah tak larat nak berjalan jauh dan tak larat nak balik kampung, cuti 4 hari kami stay saja lah kat KL. Tapi pagi-pagi Jumaat cik puteri sorang tu dah bersenandung sayu sampai naik rimas ayahnya..pukul 12 terus cik hubby booking online untuk lompat-lompat pukul 4-5 petang. 
Fee sorang RM27 untuk sejam.
Stokin RM5 sepasang.
Hampir pukul 4 kami sampai di JumpStreet Trampoline Park, PJ. 
Lepas check-in dapat la sorang satu stiker tangan tu. oppss...kecuali cik puan je :) 
Nak terbersalin kalau cik puan melompat sama. hahaha..
Last-last duduk saja la kawasan tempat lepak. 
Sambil lepak, sambil cik puan snap gambar sana sini. Pasrah jeee...  


Streching duluuuu :)

Bawa bertenang dan teruskan melompat :)
Ada banyak seksyen, yang ni SLAM DUNK & FOAM PIT

 
cik hubby nak tunjuk skill sampai tergolek dohh :)



Ada cafe, ada kiosk jual air, tandas bersih dan surau pun terjaga.
ecehhh..cehhhh.gaya slumdunk dah ada tu..hihih

main court

baca rules dulu


Merah dah muka cik puteri ni. Tudung pun terbang sekali
Luas tempatnya. Lompat la puas-puas

Dah abih singgah makan kat The Curve. Muka happy sangat dapat eskrem ye





 Sampai rumah je semua dah melepet. Baru boleh bertenang ye...cik puan yang tak melompat pun naik penat. Demi mu anak-anak. Penat dan letih tapi berbaloi tengok muka anak-anak happy! :)

Sekian saja sharing entri yang tak seberapa ni
Nanti cik puan update lagi ok!

Thanks for reading :)  

Saturday, 14 February 2015

Luncheon Kari Ayam!

Alhamdulillah..selesai masak untuk lunch hari ni. Sementara tunggu en hubby balik main go-cart, kita landing sat bagi lurus balik pinggang mak yong ni.
Tengahari ni cik puan masak simple je. Kari ayam dan sayur sawi. Nak tau resepi kari ayam uol pergi la terjah mana-mana blog resepi. Resepi cikpuan campak-campak sesuka hati je..hahaha..bak kata ustaz Izhar, masak untuk suami biar sedap! (Eh sedap ke daku masak??? ) ..i is perasan sendiri..hahaha
Apapun jangan lupa masa masak basahkan bibir kita dengan selawat dan zikrullah..masa basuh beras, masa chopping ayam, masa chopping sayur..mudah-mudahan lembut hati suami dan anak-anak kita. Mudah-mudahan hati mereka sentiasa dalam genggaman Allah. Amalan nampak kecil tapi cikpuan yakin besar impaknya pada keluarga kesayangan kita. InshaAllah.
Selamat Berhujung minggu semua!