Showing posts with label Hamil & Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Hamil & Berpantang. Show all posts

Friday, 3 July 2015

Go away, rashes!!

Dah lama nak share pasal krim magik ni. Krim ni cikpuan mula guna 4 tahun lepas. Masa mula-mula kenal shaklee. Masa tu muiz yang baby. Sekarang perturun kan kepada adik Muiz yang mengambil alih tahta baby nyaa..muahaha

Nak citer sikit. Krim ni herba based. Bau nya sedaaappp...wangiiii..tapi tak de pewangi tambahan ye. 100% daripada bahan semulajadi. So memang selamat untuk baby. Cikpuan sapu pada celah-celah kelangkang dan lain pelipat kat baby..memang soffftttt je kulit baby. Baby Dina ni darah O. Pada pengamatan dari mata seorang ibu yang anaknya darah O ni memang senang kena ruam..dan alergik...phewww.. apa lagi, mak pun keluarkan la senjata bahagia bernama Herbal Blend ni. Baby Dina memang senang naik ruam kat muka. Ruam susu campur ruam panas sama kot. Alhamdulillah..guna tak sampai seminggu dah nampak kurang..agak lambat nak clear semua sebab ni bahan semulajadi. Dia bertindak perlahan-lahan tetapi selamat. CikPuan dah tak nak ulang silap lama. Masa guna krim steroid dulu pada Muiz, memang cepat baik tapi kesan macam terbakar ala2 hitam menawan tu dok ada lagi kat leher Muiz...emmm...tobat dah!

Sedikit info pasal Herbal Blend :
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

 

Tak rugi melabur RM30 beli benda alah ni. Betullll..
Nak beli boleh roger cikpuan di 012-3516473. 

Kedai online bukak 24hours..hehehe

ok, bai. Thanks for reading!   

Tak rugi melabur RM

Tuesday, 17 March 2015

Pengurusan URI menurut Islam

Saya terjumpa info tentang pengurusan uri di fb baru-baru ni. Dah 4 tahun bersalin anak yang ke 3, lupa juga apa nak kena buat dengan uri bila dah bersalin ni. Dulu mak mentua yang tolong buatkan. Credit tu page Rahsia Hawa. Saya simpan info ni untuk rujukan bila dah bersalin nant. InshaAllah.. :)

=======================================================================

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!



Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAKUri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri:

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci).

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah).

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


wallahualam..

Happy Sharing!



Wednesday, 11 February 2015

Petua Mudah Bersalin

Assalamualaikum mommies..lama tak update blog. Petang tadi belek2 magazine Pa&Ma lama terjumpa artikel petua ni. Dulu selalu dengar dari org2 lama masa mengandung ketiga2 my askar tu...Happy reading k! ^_^
===========================================

Makan kurma:
Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan memakan kurma setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin. Selain membantu proses bersalin, kurma berperanan memberi tenaga dan mengecutkan rahim.

Makan telur ayam:
Supaya mudah bersalin kelak, ibu2 hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tibanya saat melahirkan. InshaAllah proses kelahiran akan menjadi mudah.

Minyak kelapa:
-      Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia 9 bln.

Lendir Bendi:
-      Pastikan kacang bendi direbus terlebih dahulu. Dipercayai lendir pada bendi memudahkan bayi keluar.

Minum air kelapa:
-      Sebaik sahaja usia kandungan masuk 7 bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

 Ini semua sekadar petua...sambil2 amalkan, jangan lupa sentiasa berdoa mohon Allah permudahkan proses kelahiran bayi kita. Kerna sesungguhnya Dia lah sebaik-baik penolong..

Sumber: Pa&Ma