Tuesday 5 May 2015

Part Time Maid!

 Hari ni nak share sikit pasal "part time maid". Last weekend, walau pun cuti panjang dari Jumaat sampai Isnin, cik puan rasa tak larat dah nak buat keje rumah di hujung minggu. 4 hari cuti ni daku asyik laundry, laundry dan laundry lagi. Sampai pening cik hubby tengok kain termuntah keluar dari bakul..hikhikhikk...
Sebenarnya energi dah diguna pakai untuk susun atur semula rumah yang berterabur sejak cik puan pregnant. Spring cleaning kata mat saleh. Habis semua barang lama kena buang. Persediaan menyambut baby baru lah lebih kurang. 
Bukan apa...anak dah 3, nak masuk 4 ni kena pandai-pandai la manage rumah kecik ni supaya semua orang selesa.

Alhamdulillah..cik hubby banyak menolong sebenarnya..anak-anak pun sama. Cik puan bagi arahan dan buat yang ringan-ringan je..hehehe
Hari Ahad, cik puan call maid part time tu. Bagitau dia cuma nak request iron baju dan lipat baju je..
Baju nak gosok ada la penuh penyangkut stand tu..seminggu punya baju sekolah dan baju keje kami anak beranak. Pastu 2 bakul besar penuh baju untuk lipat. Maid ni amik upah RM20 sejam. dan berjaya siap dalam masa 3 jam! haaaa...amikkk!

Tapi seriusss...lega sangat bila baju dah beriron dan berlipat. Bab kemas rumah, kita serah pada yang pakar, tak lain tak bukan cik hubby tersayang..kuikuikui
Kata cik hubby "takpa, yang penting rumah dah siap susun sebelum bersalin"...hehehe..lega mak!

Betul betul....giving back your family time!

Bila tanya cik hubby, ok tak piawaian meng-iron dan melipat cleaner tu? Katanya, OK!
so, next time bole calling2 lagi lah. Kalau sebulan maybe kena spend dekat RM300 kot kan. 

Takpa lah, selagi daya, kita outsource je task-task yang boleh di-outsource-kan supaya task2 yang lebih penting boleh dibuat dengan lebih baik. contoh nya, attention to anak-anak pun boleh dimaksimakan. Badan tak letih, hati pun riang. Tambah pulak makan vitamin..ngeh..ngeh..ngehhh 

Sapa-sapa nak contact no, boleh wasap cik puan ye. Oh yeee...maid tu banyak beroperasi di kawasan Bandar Sri Permaisuri. Katanya, demand memang tinggi di kawasan ni. So, sapa cepat dia dapat la!

Sekian entri kali ini. Jumpa lagi. 
Thanks for reading!   

No comments:

Post a Comment