Showing posts with label Murah Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Murah Rezeki. Show all posts

Monday, 18 May 2015

HASSAN al Basri : Petua Berniaga untuk Kita-kita Semua

Assalamualaikum semua..harap semua orang sihat ceria selalu! " ")

Hari ni terbaca dari wall fb ex-schoolmate pasai biz. Suka sangat. Saya nak share di sini untuk reminder diri sendiri and manfaat orang lain juge. Saya tak pasti kesahihan cerita ni tapi sebab ada value, saya share jugaklah. Tak rugi apa2 pun. Meh kawan2 kita baca ni :D
=============================================

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.


Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik : 
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. 
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.


💞
 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain.

Jadi, belajarlah drp ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita.
Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah
IKIMfm.


========================
Best kan moral of the story dia :)

Thanks for ready :)

Thursday, 5 March 2015

Moh la kita Jemput Rezeki..!

Hai..hai..haiii...hai la vitamin B!

Hehehe..bukan B Complex tapi B for bonus...kuikuikui..awal2 tahun macam ni company aku memang menunggu bonus untuk performance tahun lepas. Rata-rata dah plan nak buat apa dengan durian runtuh ni. Ada yang plan untuk saving atau invest memana, ada yang nak buat downpayment beli kereta baru la, rumah baru la, bini baru lah..eh2 bini pulak!hehehe
Anyway, Pada aku, buat la apa saja asal jangan membazir dan guna duit tu sebijak-bijaknya. Aku tetap guna duit tu untuk invest kat mana-mana..untuk education anak-anak juge..bahya simpan cash banyak2 ni. Kann...kann...kann...

Tapi sebenarnya aku nak share something pasal murah rezeki. Pernah dengar slot "Tanyalah Ustaz" kat youtube pasal menjemput rezeki. 

Ustaz tu bagi tips ie. DUS

D - DHUHA
U - USAHA
S - SEDEKAH


DHUHA ni memang rata-rata tahu, sunnah nabi kan..senang sangat nak buat tapi ramai yang rasa susah dan liat nak mula. Pengalaman aku, mula-mula memang payah nak konsisten. Tapi once dah dapat tune, masyaAllah..rasa tak lengkap hari kita bila tak solat dhuha..ada ketenangan di situ. Bila rasa tenang dan lapang, banyak urusan dan cabaran harian boleh dihadapi dengan mudah. 

Mudah semudah-mudahnya segala urusan... betulll...tak tipu! Uols cubalah amalkan. Rugi sapa tak amalkan ni. Errkk..solat wajib jangan abaikan pulak. Mesti awal waktu ok!

USAHA memang penting. Ini memang term & condition untuk kita dapat kejayaan bersama redha Allah. Tak cukup amalan rohani je. Mesti ada usaha. Allah sangat pandang pada kesungguhan kita berusaha. Usaha sekerasnya seiring doa dan berserah pada Nya..haaa...blogwalking pun pun kira usaha juge tau!:)


SEDEKAH!.. memang feberet amalan sejak aku faham maknanya memberi.. Sedekah la setakat mampu kita. Jangan ingat sebab gaji kita rendah cukup makan, kita takyah sedekah..sedekah lah walau rm1 sebulan, kalu hanya itu je yg kita mampu dan ikhlas..Allah tak pandang berapa banyak duit kita bagi. Tapi Allah pandang hati kita ni...hati ikhlas bila memberi. Kongsi ilmu pun dikira sedekah tau kalu itu je yang kita mampu bagi..inshaAllah..ada reward Allah di situ.

 Tapi pada saya, sedekah kata mak abah dan ahli keluarga dulu...banyak keberkatan di situ..saya perasan, bila bagi mak abah RM200, Allah bagi bagi balik RM400..perumpamaan saya. Tapi betulll...Allah bagi balik double..ntah2 lebih double kotttt...Macam-macam la bab sedekah ni...dah2 pi gugel ilmu bersedekah..hihihi..

Ok, itu je nak share dalam entri ni. Ingat tau, DHUHA USAHA SEDEKAH. Walaupun rezeki kita dah ditetapkan Allah, kita masih boleh mintak Allah tambahkan rezeki kita. Contohnya, katakanlah Allah dah tetapkan rezeki kita gaji sebulan RM2000.. kita boleh mintak Allah tambahkan rezeki kita kepada gaji sebulan RM5000.


Amacam?? Mau kah kita dengan rezeki yang melimpah ruah?? Kalau mau, sendiri mau ingat lah ye..hihihi

Ok, jumpa lagi next entri.
Thanks for reading!