Wednesday 11 February 2015

Petua Mudah Bersalin

Assalamualaikum mommies..lama tak update blog. Petang tadi belek2 magazine Pa&Ma lama terjumpa artikel petua ni. Dulu selalu dengar dari org2 lama masa mengandung ketiga2 my askar tu...Happy reading k! ^_^
===========================================

Makan kurma:
Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan memakan kurma setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin. Selain membantu proses bersalin, kurma berperanan memberi tenaga dan mengecutkan rahim.

Makan telur ayam:
Supaya mudah bersalin kelak, ibu2 hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tibanya saat melahirkan. InshaAllah proses kelahiran akan menjadi mudah.

Minyak kelapa:
-      Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia 9 bln.

Lendir Bendi:
-      Pastikan kacang bendi direbus terlebih dahulu. Dipercayai lendir pada bendi memudahkan bayi keluar.

Minum air kelapa:
-      Sebaik sahaja usia kandungan masuk 7 bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

 Ini semua sekadar petua...sambil2 amalkan, jangan lupa sentiasa berdoa mohon Allah permudahkan proses kelahiran bayi kita. Kerna sesungguhnya Dia lah sebaik-baik penolong..

Sumber: Pa&Ma

No comments:

Post a Comment