Friday 16 December 2016

Resepi Tart Buah Mudah Cara Kami

Cuti-cuti sekolah ni saya cuba create aktiviti supaya anak-anak tak rasa boring sangat. Jadi tercetus la idea menge-tart nih. Sebenarnya resepi nya saya google je. Cari yang paling simple dan agak-agak boleh lalu ke tekak kami anak beranak..muahaha


shell tart ni saya beli siap je. Dengan Sabrina Bakery. Shell nya rangup tak manis sangat. Sedap!


kakak humairah menge-tart.

Resepi filling custart :

1 cawan tepung custard
2 cawan susu full cream
2 cawan air kosong
1 sudu kecil esen vanila
Setengah cawan gula (nak manis bole tambah jadi 1 cawan)

Campur semua. Masak atas api perlahan. Kacau sentiasa. Kacau hingga likat. Bila dah masak, masukkan dalam piping beg dan mula isi dalam shell.

Buah untuk tart saya hanya guna buah dalam tin. Jenama Hosen. Boleh laaa...not bad!




cantik gak la kejadian nya..hahaha


dah kenapa periuk buat custard boleh ada atas sofa nih..huhu

Itu saja nak share. Nanti kita share lagi aktiviti dengan anak-anak k!

Salam sayang,
Kak Naj.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment