Wednesday 11 March 2015

Kenapa harus makan buah sebelum MAKAN?

Dari tengahari semalam nak share pasal ni tapi tangan umpama cik sotong..hewwwww..
Makan buah! perasan tak kebanyakan kita sangat suka ambil buah selepas makan as pencuci mulut..?? Ni budaya barat ni, sangat tak patut amalan ini. Nabi kita ajar makan buah sebelum makan makanan lain. Ini sunnah nabi. setiap sunnah nabi pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Takkan ada mudarat, hanya lah manfaat. InshaAllah..

Saya godek-godek info pasal ni. Best baca info pasal kesihatan ni. Ingat tak, nabi pesan "Perut adalah sumber penyakit". hati-hati naa..

Back to soalan kenapa harus makan buah sebelum makan??

ni santapan aku hari-hari sebelum lunch..sedappp

1)  Perasan tak kita selalu mengantuk bila lepas makan tengahari? Ini adalah kerana dalam perut kita ada sejenis asid amino yang menyebab terbentuknya vitamin B yang dipanggil niacin. Niacin ni tugas nya adalah menghasilkan serotonin. Serotonin ni pulak tugas nya adalah menghantar signal ke otak yang mewujudkan perasaan yang nyaman yang buat kita rasa macam nak tidur je...so, kalau tak nak ada rasa mengantuk, kita boleh counterback dengan membekalkan fruktosa yang mencukupi dengan memakan buah sebelum makan. Fruktosa ni tugasnya meningkatkan insulin dalam badan dan secara tak langsung kurang membebankan pankreas kita untuk bekerja keras menghasilkan insulin sendiri. Baru lah tenaga ada up sikit!

2) Bila kita ambil makanan berat, pankreas ambil masa yang laaaaamaa untuk proses makanan yang kita makan.Bayangkan, buah-buahan yang kaya nutrisi tu dimakan selepas makan nasi. Abih zat dalam buah tu rosak sementara nak diserap oleh perut kita dek kerana proses penghadaman yang lama. Kan tak bagus macam tu. Terganggu pencernaan, sangat minimun lah nutrien yang boleh diserap oleh tubuh badan. Ini umpama macam makan tapi tak dapat khasiat pun.
So untuk pastikan kita ambil buah sebelum makan supaya badan dapat zat secara optimum dan organ badan pun berfungsi dengan baik!

Oh ye..ada kajian menyatakan, orang amalkan buah2an sebelum makan boleh hilang beberapa kg dengan mudah dan cepat. Nak kurus takk..nak kurus takkkk..:D


Thanks for reading!
Jumpa lagi next entri.


No comments:

Post a Comment