Monday 30 March 2015

Petua ISTERI Sentiasa DARA

Assalamualai semuaa...hari ni nak share petua Dr Fatimah.. tak tau la saya setakat mana keberkesanan nya sebab belum amal pun..kuikuikui...tapi simpan dulu la. kot-kot la esok-esok nak amal kan..hehehe. Tapi pada saya, it's another tip for being a wife. Untuk kebahagiaan seisi keluarga la lebih kuranggggg.. :)


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra 

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) .

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. 

Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah

ayat 35-38: 
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, 
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Sebarkan kepada kaum ibu dan isteri tuan-tuan semoga ada manafaatnya.

Happy Sharingggg

Thanks for reading!


No comments:

Post a Comment