Monday 4 May 2015

Gangguan Penghadaman Punca MASALAH BERAT BADAN!

Salah satu gangguan penghadaman adalah SEMBELIT iaitu kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.
Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawaskan buang air besar.
Punca Sembelit
  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakkan, contohnya akibat terlantar di katil
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi
  • Hypothyroidism
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Ubat-ubatan seperti setengah ubat penahan sakit seperti tramal, ubat batuk mengandungi codein, pil zat besi, ubat kemurungan dan ubat alahan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
 
 Gejala
  • Perlu meneran bila buang air besar
  • Najis bersaiz kecil dan keras
  • Sakit perut
  • Tiada selera makan
  • Loya
  •  
Komplikasi
  • Najis mengeras dan membatu
  • Usus tersumbat
  • Ulser usus besar
  • Lelehan najis disekeliling najis yang menyumbat
  • Meneran berlebihan yang mengakibatkan pitam, serangan jantung dan strok
  • Pundi air kencing tersekat
  • Jangkitan salur kencing
  • Buasir
  • Luka dan sakit dubur
  • Usus terkeluar
  • Perdarahan di dubur
  • ------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pencegahan
  • Selalu bersenam terutamanya berjalan kaki.
  • Biasakan tabiat buang air yang baik seperti terus ke tandas apabila ada rasa hendak buang air besar.
  • Ambil sarapan yang mencukupi kemudian pergi ke tandas.
  • Ambil serat secukupnya di dalam diet.
  • Ambil makanan kental seperti kentang, pisang, bunga kobis, kacang pis, kobis, salad, epal,dan lobak merah.
  • Ambil banyak buah-buahan sama ada segar atau yang dikeringkan. Sesetengah buah-buahan seperti prun dan aprikot mempunyai kesan julap.
  • Ambil banyak sayur-sayuran seperti salad dan ulam-ulaman.
  • Minum cecair yang banyak seperti air biasa dan air buah.
  • Elakkan menggunakan julap berpanjangan.
  • Mudahkan kemudahan penggunaan tandas.
 
Thanks for reading!
Moga bermanfaat ya :)
  

No comments:

Post a Comment