Tuesday 17 February 2015

Bagusnya Vitamin B ni

Today nak share sikit pasal vitamin B. Bukan B for bonus ya..hehehe..lagi better dari bonus. Kata health is wealth :).

Jangan sesekali kita abaikan vitamin B dalam penjagaan kesihatan. Why perlu vitamin B ??  Vitamin B ni good for sistem penghadaman, membantu menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.

Gejala kekurangan vitamin B seringkali dikaitkan dengan simptom-simpton berikut:

keletihan
kebas
kerengsaan usus
gemuruh
kemurungan
paranoia
lemah dan lesu
stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

Sumber vitamin B6 & B12. 

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Dapatkan vitamin B complex natural untuk membantu fungsi tubuh anda dengan lebih baik. Jom dapatkan vitamin B Shaklee :)

Thanks for reading! Nant jumpa lagi next entri!

No comments:

Post a Comment