Friday, 16 December 2016

Tip Simpanan Untuk Si Kecil




Siang tadi terbaca tip simpan duit untuk anak-anak melalui Tabung Haji. Sebenarnya dah lama kami amalkan untuk anak-anak ni. Kita tak tahu umur panjang sampai bila nak besarkan diaorang..Jadinya, sediakan la tabung sebelum kejadian tak disangka berlaku..nauzubillah..


1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.(kalu potong gaji slip gaji nanti tak cantik sangat)
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926

6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
8) Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.

Via Kredit FB Nur Izah

posted from Bloggeroid

Resepi Tart Buah Mudah Cara Kami

Cuti-cuti sekolah ni saya cuba create aktiviti supaya anak-anak tak rasa boring sangat. Jadi tercetus la idea menge-tart nih. Sebenarnya resepi nya saya google je. Cari yang paling simple dan agak-agak boleh lalu ke tekak kami anak beranak..muahaha


shell tart ni saya beli siap je. Dengan Sabrina Bakery. Shell nya rangup tak manis sangat. Sedap!


kakak humairah menge-tart.

Resepi filling custart :

1 cawan tepung custard
2 cawan susu full cream
2 cawan air kosong
1 sudu kecil esen vanila
Setengah cawan gula (nak manis bole tambah jadi 1 cawan)

Campur semua. Masak atas api perlahan. Kacau sentiasa. Kacau hingga likat. Bila dah masak, masukkan dalam piping beg dan mula isi dalam shell.

Buah untuk tart saya hanya guna buah dalam tin. Jenama Hosen. Boleh laaa...not bad!




cantik gak la kejadian nya..hahaha


dah kenapa periuk buat custard boleh ada atas sofa nih..huhu

Itu saja nak share. Nanti kita share lagi aktiviti dengan anak-anak k!

Salam sayang,
Kak Naj.

posted from Bloggeroid

Friday, 3 July 2015

Go away, rashes!!

Dah lama nak share pasal krim magik ni. Krim ni cikpuan mula guna 4 tahun lepas. Masa mula-mula kenal shaklee. Masa tu muiz yang baby. Sekarang perturun kan kepada adik Muiz yang mengambil alih tahta baby nyaa..muahaha

Nak citer sikit. Krim ni herba based. Bau nya sedaaappp...wangiiii..tapi tak de pewangi tambahan ye. 100% daripada bahan semulajadi. So memang selamat untuk baby. Cikpuan sapu pada celah-celah kelangkang dan lain pelipat kat baby..memang soffftttt je kulit baby. Baby Dina ni darah O. Pada pengamatan dari mata seorang ibu yang anaknya darah O ni memang senang kena ruam..dan alergik...phewww.. apa lagi, mak pun keluarkan la senjata bahagia bernama Herbal Blend ni. Baby Dina memang senang naik ruam kat muka. Ruam susu campur ruam panas sama kot. Alhamdulillah..guna tak sampai seminggu dah nampak kurang..agak lambat nak clear semua sebab ni bahan semulajadi. Dia bertindak perlahan-lahan tetapi selamat. CikPuan dah tak nak ulang silap lama. Masa guna krim steroid dulu pada Muiz, memang cepat baik tapi kesan macam terbakar ala2 hitam menawan tu dok ada lagi kat leher Muiz...emmm...tobat dah!

Sedikit info pasal Herbal Blend :
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

 

Tak rugi melabur RM30 beli benda alah ni. Betullll..
Nak beli boleh roger cikpuan di 012-3516473. 

Kedai online bukak 24hours..hehehe

ok, bai. Thanks for reading!   

Tak rugi melabur RM

Tuesday, 19 May 2015

Mak Saya dan ViViX

Saja nak update pasal vivix dan mak! Saya bekalkan Vivix untuk mak setiap bulan. Mudah-mudahan mak sihat selalu dalam meniti usia senja nya. Banyak dah bakti mak pada saya adik beradik. Apa sangat dengan bakti kecil ni..sob..sob...sob....

Asalnya bagi mak Vivix sebab mak selalu letih and masalah energi dek sebab kencing manis. Tapi la ni kencing manis mak range 5-7 bacaannya. Dulu2 belas2 angkanya..Alhamdulillah..mak banyak improve dari segi kesihatan..tapi dapat lak bonus awet muda ye mak?! :)





Nak oder? wasap saya 012-3516473

:)

Monday, 18 May 2015

HASSAN al Basri : Petua Berniaga untuk Kita-kita Semua

Assalamualaikum semua..harap semua orang sihat ceria selalu! " ")

Hari ni terbaca dari wall fb ex-schoolmate pasai biz. Suka sangat. Saya nak share di sini untuk reminder diri sendiri and manfaat orang lain juge. Saya tak pasti kesahihan cerita ni tapi sebab ada value, saya share jugaklah. Tak rugi apa2 pun. Meh kawan2 kita baca ni :D
=============================================

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.


Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik : 
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. 
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.


💞
 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain.

Jadi, belajarlah drp ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita.
Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah
IKIMfm.


========================
Best kan moral of the story dia :)

Thanks for ready :)

Tuesday, 5 May 2015

Part Time Maid!

 Hari ni nak share sikit pasal "part time maid". Last weekend, walau pun cuti panjang dari Jumaat sampai Isnin, cik puan rasa tak larat dah nak buat keje rumah di hujung minggu. 4 hari cuti ni daku asyik laundry, laundry dan laundry lagi. Sampai pening cik hubby tengok kain termuntah keluar dari bakul..hikhikhikk...
Sebenarnya energi dah diguna pakai untuk susun atur semula rumah yang berterabur sejak cik puan pregnant. Spring cleaning kata mat saleh. Habis semua barang lama kena buang. Persediaan menyambut baby baru lah lebih kurang. 
Bukan apa...anak dah 3, nak masuk 4 ni kena pandai-pandai la manage rumah kecik ni supaya semua orang selesa.

Alhamdulillah..cik hubby banyak menolong sebenarnya..anak-anak pun sama. Cik puan bagi arahan dan buat yang ringan-ringan je..hehehe
Hari Ahad, cik puan call maid part time tu. Bagitau dia cuma nak request iron baju dan lipat baju je..
Baju nak gosok ada la penuh penyangkut stand tu..seminggu punya baju sekolah dan baju keje kami anak beranak. Pastu 2 bakul besar penuh baju untuk lipat. Maid ni amik upah RM20 sejam. dan berjaya siap dalam masa 3 jam! haaaa...amikkk!

Tapi seriusss...lega sangat bila baju dah beriron dan berlipat. Bab kemas rumah, kita serah pada yang pakar, tak lain tak bukan cik hubby tersayang..kuikuikui
Kata cik hubby "takpa, yang penting rumah dah siap susun sebelum bersalin"...hehehe..lega mak!

Betul betul....giving back your family time!

Bila tanya cik hubby, ok tak piawaian meng-iron dan melipat cleaner tu? Katanya, OK!
so, next time bole calling2 lagi lah. Kalau sebulan maybe kena spend dekat RM300 kot kan. 

Takpa lah, selagi daya, kita outsource je task-task yang boleh di-outsource-kan supaya task2 yang lebih penting boleh dibuat dengan lebih baik. contoh nya, attention to anak-anak pun boleh dimaksimakan. Badan tak letih, hati pun riang. Tambah pulak makan vitamin..ngeh..ngeh..ngehhh 

Sapa-sapa nak contact no, boleh wasap cik puan ye. Oh yeee...maid tu banyak beroperasi di kawasan Bandar Sri Permaisuri. Katanya, demand memang tinggi di kawasan ni. So, sapa cepat dia dapat la!

Sekian entri kali ini. Jumpa lagi. 
Thanks for reading!   

Uol Nak Vitamin PERCUMA..??!

Assalamualaikum

Hari ni cikpuan nak sharing sikit pasal latest promo Shaklee. Ada banyak promo mulai May ni tapi cik puan buat entri satu2 ye.

Firstly, VITALEA IRON FORMULA for FREE. 

Yang ni senang bangat! Caranya ;

Uol hanya perlu daftarkan diri as new Shaklee member dengan bayaran RM79.50 dan beli apa-apa produk Shaklee walau serendah RM30. Secara automatiknya anda layak dapat PERCUMA multivitamin tertua di dunia ni.
Vitalea Iron Formula ni bernilai RM88.75. Ada 120biji, tahan 2-4bulan. Jimat kannnn???
Jadi ahli pun seumur hidup tau. No renew-renew!
Image result for be a member



Sekilas pandang, Vitalea ni bagus untuk apa ya?

》 energi booster (kadar penyerapan oleh tubuh sangat tinggi)
》 bagus untuk preggy mom - jaga level hb
》 sesuai untuk mereka yang kurang makan sayur atau buah
》 sesuai untuk mereka nak jaga mata. Dalam vitalea ni ada beta karotine.
》 sesuai untuk  mak-mak menyusu.
》 sesuai untuk yang nak kulit cantik shining2 macam cik puan (hahaha...sempat perahsantan).
》 sesuai untuk orang yang ada diabetes untuk elak keletihan melampau
》 banyak sangat la sebenarnya..list tak abih punya :D

Jom jangan tunggu lagi! Rugi tau kalau terlepas!

Thanks for reading! jumpa lagi next entri ok!


Monday, 4 May 2015

Gangguan Penghadaman Punca MASALAH BERAT BADAN!

Salah satu gangguan penghadaman adalah SEMBELIT iaitu kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.
Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawaskan buang air besar.
Punca Sembelit
  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakkan, contohnya akibat terlantar di katil
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi
  • Hypothyroidism
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Ubat-ubatan seperti setengah ubat penahan sakit seperti tramal, ubat batuk mengandungi codein, pil zat besi, ubat kemurungan dan ubat alahan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
 
 Gejala
  • Perlu meneran bila buang air besar
  • Najis bersaiz kecil dan keras
  • Sakit perut
  • Tiada selera makan
  • Loya
  •  
Komplikasi
  • Najis mengeras dan membatu
  • Usus tersumbat
  • Ulser usus besar
  • Lelehan najis disekeliling najis yang menyumbat
  • Meneran berlebihan yang mengakibatkan pitam, serangan jantung dan strok
  • Pundi air kencing tersekat
  • Jangkitan salur kencing
  • Buasir
  • Luka dan sakit dubur
  • Usus terkeluar
  • Perdarahan di dubur
  • ------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pencegahan
  • Selalu bersenam terutamanya berjalan kaki.
  • Biasakan tabiat buang air yang baik seperti terus ke tandas apabila ada rasa hendak buang air besar.
  • Ambil sarapan yang mencukupi kemudian pergi ke tandas.
  • Ambil serat secukupnya di dalam diet.
  • Ambil makanan kental seperti kentang, pisang, bunga kobis, kacang pis, kobis, salad, epal,dan lobak merah.
  • Ambil banyak buah-buahan sama ada segar atau yang dikeringkan. Sesetengah buah-buahan seperti prun dan aprikot mempunyai kesan julap.
  • Ambil banyak sayur-sayuran seperti salad dan ulam-ulaman.
  • Minum cecair yang banyak seperti air biasa dan air buah.
  • Elakkan menggunakan julap berpanjangan.
  • Mudahkan kemudahan penggunaan tandas.
 
Thanks for reading!
Moga bermanfaat ya :)
  

KEEP CALM and Jump On @ JumpStreet Trampoline Park

 Assalamualaikum..lama nya tak ber-entriii...throwback  Labor Day 1 Mei 2015.

Al-kisah cik puan dah tak larat nak berjalan jauh dan tak larat nak balik kampung, cuti 4 hari kami stay saja lah kat KL. Tapi pagi-pagi Jumaat cik puteri sorang tu dah bersenandung sayu sampai naik rimas ayahnya..pukul 12 terus cik hubby booking online untuk lompat-lompat pukul 4-5 petang. 
Fee sorang RM27 untuk sejam.
Stokin RM5 sepasang.
Hampir pukul 4 kami sampai di JumpStreet Trampoline Park, PJ. 
Lepas check-in dapat la sorang satu stiker tangan tu. oppss...kecuali cik puan je :) 
Nak terbersalin kalau cik puan melompat sama. hahaha..
Last-last duduk saja la kawasan tempat lepak. 
Sambil lepak, sambil cik puan snap gambar sana sini. Pasrah jeee...  


Streching duluuuu :)

Bawa bertenang dan teruskan melompat :)
Ada banyak seksyen, yang ni SLAM DUNK & FOAM PIT

 
cik hubby nak tunjuk skill sampai tergolek dohh :)



Ada cafe, ada kiosk jual air, tandas bersih dan surau pun terjaga.
ecehhh..cehhhh.gaya slumdunk dah ada tu..hihih

main court

baca rules dulu


Merah dah muka cik puteri ni. Tudung pun terbang sekali
Luas tempatnya. Lompat la puas-puas

Dah abih singgah makan kat The Curve. Muka happy sangat dapat eskrem ye





 Sampai rumah je semua dah melepet. Baru boleh bertenang ye...cik puan yang tak melompat pun naik penat. Demi mu anak-anak. Penat dan letih tapi berbaloi tengok muka anak-anak happy! :)

Sekian saja sharing entri yang tak seberapa ni
Nanti cik puan update lagi ok!

Thanks for reading :)  

Saturday, 4 April 2015

Urus Berat Badan dengan CINCH SHAKE


 Bulan ni memang teruja betul dengan Promo Cinch Shake. 

BUY 4 @ 3. Maknanya beli 4 can pada harga 3 can sahaja. Rata-rata customer dah start tanya Cinch Shaketu macamana? Meal replacement ka? Ubat kurus ka? Al-maklum, raya lagi 3 bulan kot. Semua nak selim melim cantik menawan. Jom study sikit fakta pasal Cinch Shake ni. Saya tumpang info dari moyang Shaklee saya, Master Cery :

Ada 3 PERASA : CHOCOLATE, CAFE LATTE, VANILLA
  1. Cinch Shake memberi jawapan segera kepada persoalan Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". 
  2. Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.
  3. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan
  4. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.
 
  5. Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.
  6.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan.Ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. 
 Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina.
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan 
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian.
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting.
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)
===================================================
BEST RESULT : CINCH SHAKE, HERBALAX, LECITHIN, CINCH ENERGY TEA

Rasanya rugi kalu tak amik peluang sempena bulan PROMO CINCH SHAKE ni. 
JOM LANGSING!